Persahabatan Tak Di redhai
21:20Satu mesej whatsup dari teman baik buat aku terkejut, dan aku berterima kasih sangat sangat apa bila akhirnya dapat juga diri ini melepasi bebanan tanggungan dosa yang maha besar.
Difitnah oleh sahabat sendiri (bekas sahabat), banyak cerita tak betul yang dia sebar, dekat kawan A, mcm lain, dekat kawan B, macam lain, dekat kawan C macam lain, setelah mendengar cerita dari ketiga tiga kawan ini lah keputusan sebulat suara diambil untuk delete all sejarah hitam (incl. their phones no.).
Terang-terang difitnah, dari kisah kecil tak jawab phones semasa datang beraya dikatakan sengaja nak suruh dia call banyak kali for what purpose ye? Already said sorry, tak puas hati lagi tu, buat cerita sana sini tanpa usul periksa, walhal i also call him that night hah kau explain lah kenapa pula kau tak jawab balik? esoknya buat fitnah kat orang lain dgn niat nak malukan aku, setakat aku sorang tak apa, sekali my hubby kau heret sekali knp?
Dah tu bila aku say sorry, dekat orang lain kau cakap aku malu terkantoi astaghfirullahalzim... cakap aku tak dengar phone pekak badak sgt ke. mmg aku tk dgr, phone slow level 2 je in bedroom dan kalau aku pekak badak pun masalah kau ke? cakap aku bagi alasan tak kukuh dekat kau cakap yg aku kat dapur, dekat orang lain cakap aku kat ruang tamu, apa kau ingat rumah aku besar istana ke sampai ruang tamu dan dapur tu jarak jauh benar, tgh memasak tak boleh ke ruang tamu layan tv?
Cakap nampak lampu akuarium tuh lagi lah funny sebab aquarium tu pun dah buang ke mana hahaha, tempat akuarium tu pun dah digantikan dengan komputer which my brother dok surfing from 8 t0 12pm on that day, lagi kau cakap semua orang dah tidur. Aku duduk dgn family, mak, adik adik aku semua ada, 9.15 pm semua nak tido??????? lampu gelap takkan nak buka tirai malam malam nak kasi semua orang nampak dalam rumah?
Rasanya kalau kita jemput tetamu ke rumah terbuka tu, before that dah call lagi dh confirm nak datang, then kau cakap on the way lagi, dah sampai apa kau tak reti bagi salam? Kalau dah salam tak berjawab 3 kali baru kau blah kan dari rumah tu.. ni tak assumed bukan bukan, yg mengarut pulak tu, cakap aku dan hubby tgh buat projek dan nak kau call aku banyak kali... sebab apa ye????? Masyallah hanya Allah yang maha mengetahui segalanya...
Gambar yang aku tangkap adalah gambar aku, aku ada hak nak upload gambar aku dengan keizinan orang dalam gambar tu, selama ni kau tak kasi aku tunjuk muka kau, ada pernah aku tunjuk kat orang lain ke? ada pernah? Ramai yang minta muka kau tak diblurkan, tapi aku pegang janji. Ada pernah orang cakap pernah nampak muka kau tu dari gambar aku? Kalau aku upload gambar dia sexy pun, dosa dia, dosa aku, apa hak kau nak cakap? Macam kau pun tak pernah posing sexy dengan dia dan upload di facebook. Kau pun pernah kan ambil gambar dia? Cakap tak serupa bikin. banyak lagi dosa kau buat dgn dia tapi aku tak cakap apa, dan tidak disini sebab aku bukan la jenis nak aibkan orang mcm kau.
Ada ke masalah aku dgn kau? apa yg aku sakit hati? bukan kau ke yg selalu dok ignore aku tanpa sebarang sebab?
Sekarang aku tau kawan kawan lain yang selama ini dia cakap belakang dengan aku kata mereka itu ini, sebenarnya semua nya macam aku , menerima nasib yang sama! Padan muka aku sebab percaya dia dan tinggal semua sahabat yg selama ni ikhlas nak bersahabat dgn aku. Aku malu ya Allah pada mu, pada mereka kerana memilih kaca yang ternyata tidak berguna, sedangkan ada permata yang ingin menghampiri ku aku biarkan berlalu.
Tak payah la jadi manusia bertopengkan Syaitan, tunjuk baik depan semua orang tapi dalam hati penuh dendam kesumat, kotor dengki busuk bangkai! Bila aku baca mesej cakap cakap inbox kau tu pun aku dah tau hati penuh busuk dgn ayat ayat kasar kau tu. Penuh kebencian penuh dendam.
Bersyukur ya Allah diberikan peluang aku bertaubat, berubah dan jauh dari orang orang seperti mereka.
Aku bukan manusia sempurna. Kita tak sempurna, jadi biarlah kalau orang fitnah dan buat jahat, Allah akan balas tidak disini diakhirat kelak. Itu janji Nya.
Mencari kawan kawan yg aku tinggalkan dulu dan berhutang sejuta kemaafan.. akan aku hampiri mereka walau jauh disudut hati aku segan dan malu, tapi aku tau mereka sebenarnya mangsa seperti aku.
Insaf.
2 comments
Semoga urusan menyambung semula hubungan silaturrahim yg terputus dengan kawan2 yg ditinggalkan dulu tu akan dipermudahkan olehNya, amin. Niat yg baik pasti akan mendapat keberkatan.
ReplyDeletethere's no mistake, only lessons to be learned...
ReplyDeleteBertabahlah :)